Thursday, March 26, 2015

Hooolaaaa...

Assalamualaikum..

 Sory..lambat update cerita terbaru.. huhu biasala dah kahwin ni bz takde mase nak update terbaru..
oklahh aku belanje gambar kahwin aku kat sini lakk.. heheh




Taraa..hehehe ni saje yang ada dalam PC aku skg..

Monday, September 29, 2014

SELAMAT PENGANTIN BARU DERR...

selamat pengantin baru buat sahabatku abdul malik yang kini sudah bergelar suami orang..
alhamdulillah selesai dengan lancar..mintak maaf la derr ko bernikah aku tak dapat tengok.. ape2 pun selamat pengantin baru semoga bahagia hingga ke jannah amin3x...yarabbal alaminn


Tuesday, September 23, 2014

DREAM ISLAND


Satu hari nanti aku nak HONEYMOON dengan bakal isteri aku kat sini..
AMINNN



DUPP DAPP DUPP DAPP...

   assalamualaikum.. lama dah aku tak post kat sini..berhabuk dah laman nih..fuuh2!! heheh.. kali ni aku nk citer debar..debaran kian dirasai dalam dada aku..debar ape?? debaran menjadi "RAJA SEHARI" huhuhu...

 Setelah 8 bulan aku menghitung hari..akhirnya tibalah hari penuh bermakna dalam setiap manusia
"HARI BAHAGIA" segala kelengkapan sudah di sediekan penuh rapi..Baju2 sanding aku tempah 5 pasang...termasuk akad nikah ^^, 

 Banyak jugaklah aku amik cuti dalam tahun nih..nak settlekan macam2.. lagi2 dokumen kahwin!
perghh!! korang tau tak..aku boleh tersilap taip no i.c tunang aku!! bergegau darah aku!! esok jugak
aku runner pegi bangi  balik..ALHAMDULILLAH selesai akhirnya.

1 aku nak pesan kat orang2 yang nak berkahwin..mase uruskan dokumen kahwin pastikan sebelum 
print dokumen check betul2 habis2 an sebelum print dan suruh pejabat agama chop sain.. ini untuk mengelakkan korang jadi macam aku.. Bak kate orang "PELAN2 KAYUH" hehehe...

Kad pun dah mule aku edarkan pade kenalan rapat di FB dan kawan tempat kerja.. Bunting tempahan pun dah siap dah..huhuhu jap2 aku tunjuk kat korang jap..simple je weyhh..

Ok tak?? huhuhu..malusss2...haha..ok ape2 hal doakan kami bahagia hingga ke anak cucu.. atau pun style ayat sekarang.."LOVE TILL JANNAH" oklah nanti aku post lagi bile aku senang..
assalamualaikum...


Tuesday, February 25, 2014

HARI PERTUNANGAN SAYA...

HARI PERTUNANGAN SAYA...

 Syukur ke hadrat ilahi atas kurniaan ini kepada saya...akhirnya bertunang juga :)
tq ALLAH..




Doakan kami bahagia ye kawan2

Wednesday, February 5, 2014

KONYANG!!!





hari kenyang sedunia...huhuhu thanx abg jamal buat majlis makan2 kenyang kitorang huhuhuhu

Thursday, December 12, 2013

Cerita dari aku

   Hari ni khamis 12/12/2013...pukul 9.30 pg aku mengadap PC dalam opis ni..supervisor takde,senior MC..jadi tak ramaila yang kerja..agak blur otak aku pagi ni dengan ngantuknye...yarabbiiiii!!
rase nak je balik sekarang..

  Tiba-tiba..aku terbayang macam mana satu hari nanti aku dapat anak..? hmmm...masa tu aku tak boleh fikir malas2 nak kerja,masa tu tanggung jawab lagi besar & berat..huhuhu sekarang pun aku dah praktiskan biasakan kerja lasak,ikat perut..yela nak kawen katekann..

 Hampir setiap hari aku jumpa dengan GF a.k.a tunang aku hihi & setiap hari kitorang bercakap tentang kawen..hihihi...tahla,kadang2 tengok anak orang lain ade rase teringin nak ada anak sendiri,
yela..anak sendiri kite bagi dia makan,sekolahkan dia,ajar dia..macam2 lahh..

 Rasanyaa..makin hampir hari yang aku tunggukan tu..berdebar jugakla..neves siot! huhu
ape2 pun..aku rase jalan aku pilih ni terbaik sekali dalam hidup aku..yela,perubahan besar &
ketara dalam hidup aku..rasanya kalau arwah mak aku ada..mesti dia bangga!

  Walaupun mak aku dah takde,tapi aku tetap rasa dia ada kat rumah aku..perhatikan aku..akhirnya
aku berjaya jadi seorang lelaki yang mak aku nak kan..insyaallah,lepas kawen kalau ada rezeki aku
rajin buat kenduri tahlil arwah untuk mak & abah aku.." i miss my parents so much "

  Apa pun..AL-FATIHAH buat jahara bt othman & satnam bin rethuwan semoga rohnya diccucuri rahmat oleh ALLAH SWT. kepada korang yang masih ada mak bapak...hargailah mereka selagi meraka ada..bila mereka takde lagi sangat2lah terasa..

  Apa2 pun..aku mesti kerja keras kumpul duit selagi terdaya..supaya impian aku terkabul"kahwin"
badan pun makin letih ni..hari makin malam..hari2 o.t hehehe...okalah..ada mase aku update lagi
see yaaa.. :)

Monday, December 9, 2013

Rayau-rayau





 
 
Mase ni kitorang rayau-rayau kat putrajaya..huhuhu
abes sume tempat diredahnyeee

Friday, December 6, 2013

Hidup Baru..pada tahun depan 2014

Salam...dah lama aku tak update dalam blog nih.. huhuhu..yela..blog ni dulu penuh dengan kisah suke dan duke aku.. tentang cinta.. ^^ Yela..yang rapat dengan aku tawla dengan sape aku frust dulu..tapi..tu dulu sekarang,dah lain :) 1st, TQ ALLAH..kerana memberi aku kekuatan kembali berdiri semasa aku hampir rebah.. Alhamdullilah...tahun 2013 ni,titik permulaan aku kembali berdiri mencari JALAN HIDUP sempurna aku.ALLAH MAHA KUASA!! akhirnya...cinta sejati yang aku impikan muncul sewaktu aku betul2 keseorangan.. TQ ALLAH ^^ Kerja pun dah dapat yang terbaik, Jadi aku aturkan langkah hidup baru dengan lafaz "BISMILLAHIRAHHMANNIRRAHIM" aku pasang niat dalam hati untuk berumah tangga dengan gadis yang ku cintai Aku berjaya jumpa seluruh ahli keluarganya untuk berkenalan antara satu sama lain, alhamdulliah...semua dapat terima kehadiran aku dalam keluarga diorang ^^ tahun ni wang hantaran dapat aku simpan separuh...dan akan menyusul tahun depan separuh lagi Tahun depan..15/2/2014 aku bertunang...dan pada tahun tu jugak aku mendirikn rumah tangga. insyaallah..lepas raya sekiranya ada rezeki masa tu..apa pun aku ucapkan terima kasih pada semua kawan2 aku yang sentiasa ada dengan aku.. WAIT2!! lom habisss...hahahaa..insyaallah aku akan update lagi blog ni..dun worry beb.. banyak aku nak share dalam ni..huhuhu chow duluuuuuu~~

Monday, February 20, 2012

KERANA KAMU "N"

Sudah penat ku tangisi pemergianmu.
Sudah penat ku kejar dirimu,
Terlalu sakit untukku lepaskan mu.
Kau pergi jua...

Hari demi hari,ku hidup sendirian tanpamu
Hari demi hari,ku tangisi pemergiaanmu.
Aku berjalan sendiri tanpa kau di sisi.

Sudah banyak puisi ku ucapkan,kerana hati terlalu
rindu padamu,padamu..terlalu benci padaku
Kerana sayang Cinta ku teruskan perjuangan ini
walau sendirian.

Sepi,Sebak hati ini dikau tiada lagi N.A.MY
Aku sanggup tunggu lagi walau bertahun sekalipun
hanya kau pelengkap hidupku..Duniaku hanya pada kau

Sunday, December 18, 2011

PUISI DARIKU

kau sering pergi tinggalkan aku
ku juga suka meninggalkanmu
lama-lama kau dan aku menjauh
hati bagai air dan api
yg tak bisa menyatu
akhirnya cinta putus lagi

mencari-cari cinta yg pasti
mungkin tak semudah yg kau alami
cinta sejati datang dan pergi
cinta bisa kemana saja
yg mungkin dia sukai
yg ditinggalkan patah hati

bukannya aku tak takut mati
hanya kerana sering patah hati
yg aku takut bila patah hati
engkau nekad lalu bunuh diri

MENARA KESESATAN by search

Dari lembah terasing
Kita di perhatikan

Satu lakunan pentas
Mainan cendekiawan

Inilah sebahagian cara hidup kita
Mempermain dan dipermainkan

Guna dan diguna
Tanpa disedari dan menyedari

Kita di dorong dorong
Dari isu ke isu
Jerumus dan kecewa
Kemudian di selamatkan

Tiada yang pasti
Dari lembah ini
Haluan menuju keruntuhan
Banyak yang kabur
Tanpa disedari semua mimpi

Menara kesesatan
Sempit fikiran
Menara kesesatan
Dalam kerugian

Friday, November 11, 2011

damaikanlah hatiku

AKU SAYANGKAN KAU!!
itulah yang ada di bibirku setiap kali aku
tatap gambar mu di malam hari.

pernahkah kau selami gelora jiwa ini sayang?
pernahkah kau mencintai diri ini seikhlas hatimu?
teringin aku mendengar dari mulut mu sayang.

jauh sekali diri ini untuk tinggalkan kamu kerana
sudah terlanjur mencintai kamu sayang.Bagiku kau adalah
segala-galanya & kuasa kebahagiaanku setiap saat.

Damaikanlah hati ini sayang,redupkan lah segala amarah
yang bersarang di hati ini kerana hanya kau mampu hapusknnya.

Aku ingin kau mengerti sayang,tiada gadis mampu menundukkan lelaki
panas baran ini selain dirimu yang ada kelebihan itu..aku lemah padamu.
Aku ingin mengecapi kebahagiaan seprti lelaki lain.

Sayang..kemarilah padaku! dakaplah aku sayang. Aku ingin dibelai olehmu
disayangimu seperti insan2 lain.Aku masih menunggu kamu & cintamu sayang.
Aku menanti dengan segunung harapan kau akan sedar diri ini menanti dirimu.

Sayang..aku cintakan kamu sepenuh hati ini,begitu utuh dinding ku bina untuk
lindungi cinta ku untukmu agar tiada gadis lain menceroboh dan memusnahkan cintaku
padamu.

Friday, October 28, 2011

SELALU ADA UNTUKMU

Dalam dingin malam,sekujur tubuhku di sandar pada
dinding kamar beradu..sambil di tangan memegang sebuah
h/phone..di belek-belek dalam photo album.

Keluarlah sebuah gambar seorang gadis bertudung hitam
berbaju kurung hijau berbunga-bunga.Aku tatap gambar itu,ku renung
dalam-dalam wajah gadis itu.

Comel orangnya! "kataku sambil tersenyum" Kalaulah kau jadi
milikku,akan ku kaga kau sebaik-baiknya.Apa yang jadi kenyataan
aku & dia di dalam hubungan yang tergantung lagi.

Seingat aku,setahun sudah aku melayari perasaan yang sangat mendalam
terhadapnya,berpuluh-puluh kali aku luahkan padanya aku sayang padanya.
namun..tak pernah aku dengar gadis itu menyahut cintaku.

Aku sedar,dia menyintai orang lain..tapi orang yang dicintai itu
masih tak dapat menerimanya sebagai isteri.YA ALLAH..berat sungguh
dugaanmu ini.Mengapakah kau kurniakan perasaan begini padaku! cinta
ini telah menjadi 3 segi.

Haruskah aku melayar cinta ini seorang diri? mencari puteri impian
yang masih terbang bebas bersama cintanya itu.Padanya aku masih kurang
lagi.Ya aku insan yang jahil,biar pun diriku sering dibelenggu amarah
tapi jauh di sudut hatiku sering menjatuhkan titisan air mata.

Hebat sungguh kuasa cinta itu mampu menjinakkan aku sehingga aku lemah
longlai kerana seorang perempuan.Maaflah diri ini tak mampu bersaing
dengan lelaki pilihan mu itu.Kerana dia mampu mencelikkan kau tentang agama
& kehidupan.. berbanding aku yang hina ini.

Aku tak sanggup berlari lagi kejar impianku,berdarah sudah kaki ini
sesak sudah dadaku menahan rasa sedih,marah,kecewa yang tiada tepian,aku
lemas dengan perasaan ini.

Puas sudah aku memikirkan hati ini..sudah terlanjur menyintaimu! Bagaimanakah
aku ingin berpatah balik? tiada pintu @ jalan pulang ke asal.Terpaksa aku pikul
diri ini seorang diri.

Kau & lelaki itu..Hanya itu sering aku fikirkan sekarang.Hati ini bagaikan di
landa badai,ombak mengganas yang meruntuhkan sisi cintaku padamu.

Gadisku..kaulah yang sering bermain dalam fikiranku,mengapa tiada gadis lain
dapat gantikan tempat kau,aku pun tak mengerti..Aku pasrah pada yang maha esa
hanya dia lebih mengetahui.

Jikalau itu pilihanmu di suatu hari nanti,aku pasrah..Sekarang hanya gambar ini
jadi penyedap hatiku yang sering menangis kerana kau.Aku tak ingin menangis lagi
kerana cintakan kau sayangkan kau.

Semoga kau akan mengerti mengapa insan ini tak pernah pergi jauh dari kau
ku simpan rapi setiap kata-kata cinta yang aku teringin ucapkan padamu satu hari
nanti pabila kau sudah jadi milikku.Ku simpan setiap memori indah ini bagaikan
darah daging ku sendiri takkan terpisah..

AKU DI SISIMU

Monday, August 15, 2011

LUHUR

Singkap kembali detik akhir bersama
Linangan airmataku menitis
Dalam pelukan dakapan yang terakhir
Mengalir darah membasahi bumi
Pergi yang tak kembali untuk selamanya
Segar indah namamu di hatiku

Perjuanganmu bagai lilin membakar
Bersinar menerangi kegelapan
Rela berkorban meredah onak berduri
Jasa baktimu sejernih air di kali
Bersemadilah engkau aman di pusara
Sinar cahaya murni keramatmu
Berjihad biar menitis oh darah terakhir
Menjadi lambang cinta yang terluhur

Sayu dan pilu bermain di jiwaku
Hilang mu kini tiada pengganti
Hanya namamu tersemat di kalbuku
Menjadi satu kenangan abadi

Menjadi satu kenangan yang abadi

Sunday, June 26, 2011

CINTA & AIR MATA

terima kasih untuk kali ini..
sememangnye aku tiada tempat dalam hatimu
jauh sudah aku berlari menjejakimu..hanya
bayang2 yang dapat ku memiliki..

sememangnye aku hanye orang biasa yang tak ada nilai
nya sering di perlakukan begini.jauh bezanya aku dengan
lelaki pilihan kau yang kau idamkan. aku tidak memiliki apa2
dengan luahan rasa cinta aku bukanlah layak bagimu untuk
berkata begitu.

setiap hari aku kenangkan peristiwa ini mengapa semua ini terjadi?
apakah tuhan sedang mengujiku lagi? ya allah..sungguh besar dugaan ini
kau berikan padaku! tak terdaya aku menahan segala rasa sakit di hati ini
adakah ini namanya cinta ya allah??

aku inginkan kehidupan seperti insan lain yang hidup bahagia,aman damai
berlah aku merasa semua itu ya allah! aku mencintai nya..kenapa dia
bukan milikku? adakalanya tak mampu lagi aku rasa hendak percaya pada cinta
dan wanita lagi..perasaan takut membuak2 membuat aku lebih tak mempercayainya.

kalaulah aku boleh buang segala memori aku bersama dia,ingin aku buang jauh2
dari sisi hidupku dengan harapan aku kembali ceria.apalah daya aku hanya manusia
biasa mempunyai perasaan dan cita2 tapi malangnya aku hanya mampu melihat orang
yang di cintai bersama orang lain.

hancur luluh hati ini bagaikan di langgar ombak besar meruntuhkan segala tembok2
hati ini..benarlah,cinta hari ini bukan seperti dulu,saling mencintai antara 1 sama lain.hari ini cinta lebih tertumpu pada wang dan harta.

terima kasih wahai gadisku..ucapan sayangmu ku simpan erat dalam hati ini yang
tak dapat aku pisahkan dari hidup ini..segala memori kita aku simpan dalam ingatan
walaupun kini kau milik orang.terima kasih untuk segalanya kasih sayang mu itu.
walaupun kau tak pernah ucapkan seikhlas hati kau..terima kasih sayang

Monday, June 20, 2011

TQVM

dulu..aku amek kau mase kau dalam kesunyian masa bf kau
tak layan kau.aku jage kau,aku layan kau bagaikan gf sendiri
sampaikan kau jadi sayang kat kau..

pernah kau cakap kau tak pernah sayangkan die,tetapi sayangkan
aku..ayat2 tu membuatkna aku percaye dan rase untuk cintekan kau
wujud..

sedar tak sedar aku betul2 cintekan kau..bagi aku kau yang aku
nampak atas dunia ni.kau la yang terbaik...

sekarang..mase dah berubah,segala sayang yang pernah kau luahkan
tak lagi aku dengar,lelaki yang pernah kau cakap tak pernah sayang
itu..masih dengan kau,dari cara kau..terbukti kau sayang kan dia.

kenapa kau bilang sayang kalau kau sayang pada die? apakah aku tempat
persinggahan kau di waktu sunyi?? pernah kau tau perasaan aku?
hancur luluh hatiku bila tahu kau masih bersamanya..

sekarang aku tak ubah seperti sampah yang dibuang merata-rata.kalau
inilah yang terjadi,tak mungkin aku benarkan kau wujud dalam hidupku.
terima kasih kerana ciptakan dunia khayalan untuk kta bersama.

aku hargainya walaupun kau lukakan hatiku..terima kasih

Sunday, June 12, 2011

N.A.MY GONE

She's gone,
Out of my life.
I was wrong,
I'm to blame,
I was so untrue.
I can't live without her love.

In my life
There's just an empty space.
All my dreams are lost,
I'm wasting away.
Forgive me, girl.


Lady, won't you save me?
My heart belongs to you.
Lady, can you forgive me?
For all I've done to you.
Lady, oh, lady.

She's gone,
Out of my life.
Oh, she's gone.
I find it so hard to go on.
I really miss that girl, my love.

Come back into my arms.
I'm so alone,
I'm begging you,
I'm down on my knees.
Forgive me, girl.

Lady, oh, lady.
My heart belongs to you.
Lady, can you forgive me?
For all I've done to you.

KERANA KAU SEORANG

Bulan. Bias cahaya melukis malam jadi taman. Kubayangkan kau di sini, di pangkuan. Memetik angin mendawaikan lagu, seirama detak jantung memperjelas rindu. Pemandangan selalu lebih indah, ketika tatap matamu bersinar di pangkuan. Mungkin kautitipkan kerling matamu pada embun. Kukecup keningmu pada setangkai kuntum.

Jarak. Aku mencintaimu, maka rindu menjadi pertemuan paling indah ketika kamu tak di sisiku. Suaramu musik yang membebaskan aku dari sepi. Gemuruh. Aku dengar ombak di kejauhan, bagai ritmis jantung berdebar memecah sunyi. Memenuhi teluk hatiku dengan gemuruh laut yang tak pernah henti. Sebab hanya rindu mampu menyempurnakan percakapan kita, yang kadang tak bisa diakhiri dengan ciuman.

Malam lebih panjang. Memikirkan kamu seorang. Di balik cerahnya bintang, kaukah mengarahkan kompas hatiku. Untuk kutemukan doamu yang kautitipkan pada langit jauh. Jejakjejakmu melindungi setiap kenangan, menciptakan bayangan yang berjaga di lensa mata. Sungguh, aku perlukan kamu.

MAAFKAN AKU

Bukalah pintu maaf untuk embunku
agar ku dapat mengusir kebekuan di kelopak-kelopakmu
menceritakan keindahan pagi yang dititipkan mentari
dalam bias cahayaku.

Bukalah pintu maaf untuk langitku
agar ku dapat menggiring awan untuk memayungimu
mengirimkan kedamaian yang dititipkan barisan merpati
dalam paruh nafasku.

Bukalah pintu maaf untuk senjaku
agar ku dapat hilangkan bimbang dan cemasmu
merias paras wajahmu lewat selendang jingga yang ditiup angin
memelukmu rapat hangat menghabiskan rasa ingin.

Bukalah pintu maaf untuk kelamku
agar tiada mimpi buruk hanya ada malam indah untukmu
menyalakan unggun membakar melupakan kenangan lara
menggantinya dengan bara cinta yang bergelora.

Bukalah pintu maaf untuk gerimisku
agar ku dapat menjadi airmatamu, menitikkan kasih di hatimu
menghapus goresan-goresan pedih di dinding hati
menggantinya dengan garis-garis pelangi.