Friday, October 28, 2011

SELALU ADA UNTUKMU

Dalam dingin malam,sekujur tubuhku di sandar pada
dinding kamar beradu..sambil di tangan memegang sebuah
h/phone..di belek-belek dalam photo album.

Keluarlah sebuah gambar seorang gadis bertudung hitam
berbaju kurung hijau berbunga-bunga.Aku tatap gambar itu,ku renung
dalam-dalam wajah gadis itu.

Comel orangnya! "kataku sambil tersenyum" Kalaulah kau jadi
milikku,akan ku kaga kau sebaik-baiknya.Apa yang jadi kenyataan
aku & dia di dalam hubungan yang tergantung lagi.

Seingat aku,setahun sudah aku melayari perasaan yang sangat mendalam
terhadapnya,berpuluh-puluh kali aku luahkan padanya aku sayang padanya.
namun..tak pernah aku dengar gadis itu menyahut cintaku.

Aku sedar,dia menyintai orang lain..tapi orang yang dicintai itu
masih tak dapat menerimanya sebagai isteri.YA ALLAH..berat sungguh
dugaanmu ini.Mengapakah kau kurniakan perasaan begini padaku! cinta
ini telah menjadi 3 segi.

Haruskah aku melayar cinta ini seorang diri? mencari puteri impian
yang masih terbang bebas bersama cintanya itu.Padanya aku masih kurang
lagi.Ya aku insan yang jahil,biar pun diriku sering dibelenggu amarah
tapi jauh di sudut hatiku sering menjatuhkan titisan air mata.

Hebat sungguh kuasa cinta itu mampu menjinakkan aku sehingga aku lemah
longlai kerana seorang perempuan.Maaflah diri ini tak mampu bersaing
dengan lelaki pilihan mu itu.Kerana dia mampu mencelikkan kau tentang agama
& kehidupan.. berbanding aku yang hina ini.

Aku tak sanggup berlari lagi kejar impianku,berdarah sudah kaki ini
sesak sudah dadaku menahan rasa sedih,marah,kecewa yang tiada tepian,aku
lemas dengan perasaan ini.

Puas sudah aku memikirkan hati ini..sudah terlanjur menyintaimu! Bagaimanakah
aku ingin berpatah balik? tiada pintu @ jalan pulang ke asal.Terpaksa aku pikul
diri ini seorang diri.

Kau & lelaki itu..Hanya itu sering aku fikirkan sekarang.Hati ini bagaikan di
landa badai,ombak mengganas yang meruntuhkan sisi cintaku padamu.

Gadisku..kaulah yang sering bermain dalam fikiranku,mengapa tiada gadis lain
dapat gantikan tempat kau,aku pun tak mengerti..Aku pasrah pada yang maha esa
hanya dia lebih mengetahui.

Jikalau itu pilihanmu di suatu hari nanti,aku pasrah..Sekarang hanya gambar ini
jadi penyedap hatiku yang sering menangis kerana kau.Aku tak ingin menangis lagi
kerana cintakan kau sayangkan kau.

Semoga kau akan mengerti mengapa insan ini tak pernah pergi jauh dari kau
ku simpan rapi setiap kata-kata cinta yang aku teringin ucapkan padamu satu hari
nanti pabila kau sudah jadi milikku.Ku simpan setiap memori indah ini bagaikan
darah daging ku sendiri takkan terpisah..

AKU DI SISIMU