Sunday, May 29, 2011

FIKIRKAN

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup

K.I.T.A

Kita lahir dengan dua mata di depan wajah kita, kerana kita tidak boleh selalu melihat ke belakang. Tapi pandanglah semua itu ke depan, pandanglah masa depan kita.

Kita dilahirkan dengan 2 buah telinga di kanan dan di kiri, supaya kita dapat mendengarkan semuanya dari dua buah sisi. Untuk berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan mana yang salah.

Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita. Sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita, kita tetap kaya. Kerana tidak akan ada seorang pun yang dapat mencuri otak kita, fikiran kita dan idea kita. Dan apa yang anda fikirkan dalam otak anda jauh lebih berharga daripada emas dan perhiasan.

Kita lahir dengan 2 mata dan 2 telinga, tapi kita hanya diberi 1 buah mulut. Kerana mulut adalah senjata yang sangat tajam, mulut bisa menyakiti, bisa membunuh, bisa menggoda, dan banyak hal lainnya yang tidak menyenangkan. Sehingga ingatlah bicara sesedikit mungkin tapi lihat dan dengarlah sebanyak-banyaknya.

Kita lahir hanya dengan 1 hati jauh di dalam diri kita. Mengingatkan kita pada penghargaan dan pemberian cinta diharapkan berasal dari hati kita yang paling dalam. Belajar untuk mencintai dan menikmati betapa kita dicintai tapi jangan pernah mengharapkan orang lain untuk mencintai kita seperti kita mencintai dia.

Berilah cinta tanpa meminta balasan dan kita akan menemui cinta yang jauh lebih indah.

Thursday, May 26, 2011

SEPI SEORANG LELAKI PART 1

seorang lelaki ini,masih teringat-ingat kisah lama
kisah yang mengembirakan hati dan kisah sedihnya.
sudah berkali dia cuba melupakan kisah sedih itu
kerana terlalu pedih untuk menerimanya

lelaki ini tak pernah lekang dari rasa sepi dalam hidupnya
walaupun memiliki kawan..tapi kerana cinta lama bisa mengubah
hidupnya menjadi tertekan kerana cinta.

bermulanya cinta dalam hati lelaki ini,tak kunjung padam niat di
hati membina 1 empayar kuat lagi gagah untuk si jantung hatinya
dengan niat di hati ingin buktikan gadis itula cinta awal dan akhirnya

di atas semangat berkobar-kobar itulah lelaki ini tak pernah hiraukan
dirinya sendiri walaupun si puteri itu pernah menghiris hatinya...
kerana cinta aku gagah!! kerana cinta aku nekad!! barangkali itulah
si lelaki itu niat di dalam hatinya.

ntah apa silapnya..segala apa di bayangkan lelaki ini ternyata meleset
tentang si puteri itu.gadis itu mula memanjangkan langkahnya dan mulai
mencipta seribu alasan dan rintangan untuk membuatkn si lelaki ini
putus harapan.

oh tuhan ku! berilah aku kekuatan untuk harungi dugaan mu ini..walaupun
bernama lelaki,lelaki ini tak terlepas daripada mengalirkan air mata
sambil berdoa pada tuhan kembali kan kekasih hatinya seperti sediakala

lelaki ini terus berusaha memujuk si puterinya itu dengan linangan air
mata di pipi,tak mengapalah aku kelihatan seperti lemah asalkan dia tak
tinggalkan aku..itulah perlataan yang terkeluar di dalam hatinya bila sedar
lelaki ini menangis.

tapi tidak..walau keluar air mata darah sekalipun si puteri itu tetap
dengan niatnya untuk berpisah.maka,tidak ada apa-apalah dapat di katakan
lelaki ini..hanyan linangan air mata terus membasahi pipi,malam itu bagaikan
malam paling perit baginya.

mulai esoknya..tiada lagi puteri yang mengejutnya bangun dan mengatakan
i love u..untuk lelaki ini..sepi mula menyelubungi hati lelaki ini.ibarat
dunia ini hanya lelaki ini saja yang wujud.

hatinya masih dibayangi kata-kata sayang dari si puterinya itu,dan janji-janji
terpacul dari mulut si puteri itu masih terngiang-ngiang di ingatanya.
ya allah! berilah aku kekuatan dan semangat untuk teruskan hidup ini ya allah!
lelaki ini masih harapkan kalau-kalau si puteri pujaan nya itu kembali padanya.

hari demi hari..tiada khabar berita dari puteri itu,akhirnya lelaki ini
membiarkan sahaja hati nya di makan oleh segala kata cinta da janji taat setia
padanya..sepi itu tetap menyelubungi dirinya dan membuatkn segala-gala
kenagan masa lalu masih dalam ingatan nya..

dan sekarang,hanya tuhan mengetahui perasaan hati ini..suka duka di alam
percintaan tercipta di antara dua insan,semoga hati lelaki ini dapat ketenangan
dan tenang di hari-hari akan datang..

sekiranya di tanya tentang cinta pada lelaki ini,lelaki ini hanya menjawab
alami lah sendiri,hayatilah sendiri anda akan mengerti pahit manis cinta
di antara dua insan..paling utama sayangilah diri anda dulu :)

Sunday, May 22, 2011

Wings - Inspirasi Taming Sari



KENAPE LA ZAMAN SKG DA XDE BAND2 CANI..KALAU
LAH WUJUD LAGI BAND ROCK KAPAK..SUMPAH!!
AKU SARONG SUAR TIGHT AKU N SIMPAN RMBUT PJG LAGI!!
HUHUHU...ROCK N ROLL NEVER DIES!!

wings - biarkan berlalu



aku paling suke lagu ni..bile frust n gado ngn seseorang
lagu ni la aku nyanyi terlalak cm orang gile..
GILE KAH AKU??

Friday, May 20, 2011

n.a.my


lukisan ni aku lukis untuk sorg gadis yg bernama n.a.my
(aku sorg je taw mksud namy tu hahaha) satu-satunya gadis
yang menyentuh hati ini dengan sifat2 romantisnya yang mencairkan
hati ini..
walaupun kite tak di takdirkan sebagai pasangan bercinta,izinkn
aku luahkan sebaris dua luahan hati dalam lukisan ini,urmm..
maafla lukisan ni tak cantik mana..tapi percayalah lukisan ni
aku hasilkan dari perasaan aku yg tak terhingga untuk kau.
2 hari siapnye lukisan ni walaupun takde rupe kau sangat
tapi aku buat dengan sungguh2 kerana kau.
tq n.a.my kerana masih layan aku lagi walaupun aku agak gile di
mata kau..tahla..bia aku je pendam sendiri :)

LUKISAN TAIK KUCING SAYA



HAHAHA..SORY PIC TAK CLEAR SANGAT..N NAMPAK BURUK,NAK HASILKAN
PIC2 NI..1 MALAM AKU TAK TIDOW..AKU LUKIS BILE ADE MOOD JEW..
MINAT GILEW LUKIS2 NI..CUME TAKDE PELUANG BLAJA SECARA PROFESIONALKN
LUKISAN NI HANYA UNTUK SUKA2 SAHAJA.. PIC2 NI AKU TIRU DARI COVER ALBUM
METAL..HAHAHA :P

IBU BAPA SAYA



dah lame aku tak berborak ngan parents aku..
dah lame gak tak dapat makan masakkan mak aku..
rindu gilew kat dorang..
alangkah bagusnye kalau aku dapat jumpa dorg lagi :'(
setiap hari aku harap dapat jumpa dorg lagi..bile
aku balik keje,mesti aku jengah bilik dorang..ape
yang aku terbayang..bile bukak bilik die,parents aku
ajak makan bersama..
terase gilew bile bukak skg dorang da takde lagi :(
rase sunyi rumah tu..aku berharap 1 hari nanti dapat
bersama dorang balik,sebab dorang adelah ibu bapa yang
terbaik bagi aku..
hanye gambar ni la dapat aku luahkan semuanya..
segala rasa rindu,sunyi terkenang aku dapat hasilkan gambar
dorang..IMYSM ABAH N MAK

Tuesday, May 17, 2011

citer kosong

Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat.

Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.

Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi,” Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”. Jawab titis air mata kedua tu,” Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja.”Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu.

Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu Coba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya .

Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan.

Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -HamkaCinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping.

Dan hanya dengan mendengar kata “Hai” darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.

CECITER-CECITER

KASIH duduk sendirian di hujung sudut perpustakaan.Tumpuan KASIH tidak terus ke buku. Fikiran KASIH menerawang ke tempat lain.Buntu memikirkan masalah yang menimpa.Apa yang pasti KASIH takkan sekali kali lari dari masalah itu.KASIH takkan mengaku kalah dengan perasaan sendiri.

Dari jauh CINTA yang duduk bertentangan dengan meja KASIH asyik memerhati gelagat KASIH.CINTA tahu waktu sebegini KASIH pasti akan menghabiskan masa di perpustakaan.Sudah lama CINTA meminati KASIH tapi CINTA tahu KASIH tidak mudah menerima CINTA.CINTA terus memerhati wajah KASIH menyayangi KASIH dalam diam.CINTA lantas sedar KASIH seakan menghadapi masalah besar.Wajah KASIH seceria selalu, bagai di rundung duka.Tiba-tiba CINTA terlihat kelibat KECEWA.

KECEWA menarik kerusi di sebelah KASIH.CINTA perhatikan saja gelagat KECEWA yang mengganggu KASIH.Nyata KASIH rimas dan kelihatan kurang selesa dengan kehadiran KECEWA.CINTA dapat lihat api kebencian di mata KASIH tapi apakan daya.CINTA hanya mampu melihat dari jauh.KECEWA memang berpengaruh.CINTA sedar KECEWA sudah lama meminati KASIH kalau tidak masakan KECEWA sering mengganggu KASIH.KASIH tetap tidak melayan KECEWA.dibiarkan KECEWA berlalu sepi.

Tidak lama selepas itu, kelihatan SEDIH sahabat KASIH menghampiri KASIH.Mereka mengajak KASIH keluar.CINTA bersedia untuk mengekori mereka.Hari ini CINTA pasti dan benar-benar yakin apa yang akan dilakukan.CINTA lekas mengejar mereka.

"KASIH..KASIH..KASIH.." tercungap-cungap CINTA mengejar KASIH menjerit nama KASIH."Boleh CINTA jumpa KASIH sebentar..?"KASIH mengangguk..

"Iya..ada apa yang boleh KASIH tolong CINTA?".Waaaaaaah..lembutnya suara KASIH.Jadi tidak hairanlah jika terlalu ramai yg ingin rapat dengan KASIH.

"KASIH, sudikah KASIH menerima CINTA?"

"Apa?CINTA bermimpikah?CINTA sedar tak apa yang CINTA katakan?KASIH minta maaf.Biar KASIH jelaskan.Andainya KASIH terima CINTA, kecewa pasti datang mengganggu CINTA dan KASIH.CINTA mungkin takkan mengerti tapi KASIH harap CINTA terima keputusan KASIH ni. KASIH minta maaf."KASIH ingin berlalu pergi.

"KASIH..KASIH..tunggu.Dengar apa yang CINTA ingin katakan pula.Beri CINTA peluang untuk buktikan pada KASIH.CINTA tahu KECEWA pasti akan melakukan sesuatu jika kita bersama tapi tolonglah CINTA.Berilah CINTA peluang.CINTA dah lama perhatikan KASIH.Dah lama menaruh hati pada KASIH.Tolonglah KASIH."

"hmm..CINTA..nanti KASIH fikirkan dulu ye.KASIH pergi dulu.SEDIH dah lama tunggu KASIH."

"CINTA tunggu jawapn KASIH.Tolong ye KASIH.Beri CINTA peluang.Tolong lah fikirkan.Berilah peluang utk kita lupakan tentang orang lain.Tolong ye."

CINTA memerhati KASIH berlalu pergi.

KASIH takkan mungkin menerima CINTA kerana KASIH tidak mahu KECEWA mengapa apakan CINTA.KASIH juga sedia tahu yang SEDIH meminati CINTA.Tak mungki KASIH ingin lihat sahabatnya SEDIH berduka lara.

"CINTA, maafkan KASIH.KASIH tak mungkin dapat menjadi yang terbaik untuk CINTA.KECEWA pasti akan membuatkan kita tidak senang bersama.Lagipun KASIH pasti CINTA tahu SEDIH sentiasa ingin mendampingi CINTA.Tak mungkin kita akan bahagia dan kita akan sentiasa rasa bersalah bila SEDIH melihat kita.Maafkan KASIH ya CINTA..


Sepi berlalu di hati CINTA.KASIH seolah-olah menafikan perasaan di dalam jiwanya.Bagi KASIH biarlah KASIH menunggu GEMBIRA yang entah bila akan muncul dalam hidupnya.GEMBIRA..kenapa kau menjauh..?

Wednesday, May 11, 2011

N.A.MY

Ku kejar engkau di sana
Ku lambai wajah serupa
Selalu aku terbayang...
Selalu aku terkenang

Biarpun telah berlalu
Wajah usia berbeza
Namun tak pernah di hati
Sesaat aku terlupa...

Ku kenang kembali peristiwa
Walaupun pernah pedih
Hati kita...

Telah pun kita mencuba
Walau rintangan bersama
Semangat masih menyala...
Membakar dalam jiwa...

Ku kenang kembali peristiwa
Walaupun pernah pedih
Hati kita...

Kesan satu rasa
Tinggi nilai harganya
Tak ternilai kita
Lepas dari ini
Mungkin seksa yang menanti...

Yang bersuara akulah yang pernah berkata
Aku cinta...


Telah pun kita mencuba
Walau rintangan bersama
Semangat masih menyala...
Membakar dalam jiwa...

Ku kenang kembali peristiwa
Walaupun pernah pedih
Hati kita...
Kesan satu rasa
Tinggi nilai harganya
Tak ternilai kita
Lepas dari ini
Mungkin seksa yang menanti...

Yang bersuara akulah yang pernah berkata
Aku cinta...

Sunday, May 8, 2011

hahahah..

sory2..tersetting part commment aritu
huhu harap di ampun :P

Friday, May 6, 2011

DI PENJARA JANJI

Hatiku digirisnya lagi
Kali ini lebih dalam dan pedih
Kerna aku sudah berjanji
Dia cinta ku yang terakhir

Sungguh tak pernah ku menduga
Dia akan mengulanginya semula
Namun untuk menodai cinta
Dan membiarkan aku sengsara

Dia tempat ku sandar
Angan ku pendamkan
Satu percintaan
Yang bisa ku jadikan
Tangga-tangga ku ke pintu syurga
Meleraikan rindu

Mengecap bahagia
Yang kerap dimadah
Insan yang murni
Yang dah rasakan cinta
Yang aku... mimpi