Friday, November 11, 2011

damaikanlah hatiku

AKU SAYANGKAN KAU!!
itulah yang ada di bibirku setiap kali aku
tatap gambar mu di malam hari.

pernahkah kau selami gelora jiwa ini sayang?
pernahkah kau mencintai diri ini seikhlas hatimu?
teringin aku mendengar dari mulut mu sayang.

jauh sekali diri ini untuk tinggalkan kamu kerana
sudah terlanjur mencintai kamu sayang.Bagiku kau adalah
segala-galanya & kuasa kebahagiaanku setiap saat.

Damaikanlah hati ini sayang,redupkan lah segala amarah
yang bersarang di hati ini kerana hanya kau mampu hapusknnya.

Aku ingin kau mengerti sayang,tiada gadis mampu menundukkan lelaki
panas baran ini selain dirimu yang ada kelebihan itu..aku lemah padamu.
Aku ingin mengecapi kebahagiaan seprti lelaki lain.

Sayang..kemarilah padaku! dakaplah aku sayang. Aku ingin dibelai olehmu
disayangimu seperti insan2 lain.Aku masih menunggu kamu & cintamu sayang.
Aku menanti dengan segunung harapan kau akan sedar diri ini menanti dirimu.

Sayang..aku cintakan kamu sepenuh hati ini,begitu utuh dinding ku bina untuk
lindungi cinta ku untukmu agar tiada gadis lain menceroboh dan memusnahkan cintaku
padamu.